Our social:

Senin, 25 Februari 2013

aplikasi keseharian android

7 Best Android ApplicationsBanyak aplikasi android yang bagus di Google Play namun yang disenaraikan di bawah ini hanya yang saya sendiri gunakan. Jadi saya cuma menyenaraikan aplikasi Android mantop+hebat+berguna saja supaya korang tak perlu susah-susah test satu demi satu aplikasi yang best. :]

TINY FLASHLIGHT + LED


- Mempunyai widget yang berbeza dalamnya seperti :
  • LED Light - Menggunakan flashlight kamera telefon kita untuk memancarkan cahaya SUPER terang
  • Warning Lights, Police Lights, Color Flashlight, Strobe Flashlight, Morse Code, Text to Morse, Manual Morse Code - Boleh jadi sangat berguna kalau tiba-tiba kereta rosak tengah jalan pada waktu malam. Atau kita berada dalam situasi gelap di mana kita sangat memerlukan bantuan orang. Sediakan payung sebelum hujan!
  • Screen Light - Salah satu widget yang menjadikan skrin telefon bimbit kita berwarna putih yang cukup terang untuk kegunaan biasa. Boleh guna widget ini kalau bateri telefon bimbit kita hampir kehabisan bateri.
- Hati-hati kalau guna aplikasi ini sebab bateri cepat habis. So guna bila terdesak saja okey. :]


CAMERA360 ULTIMATE

- Mempunyai 17 efek khas di mana setiap daripada 17 efek itu terdiri daripada berpuluh-puluh lagi efek khas lain setelah gambar diambil.
- Antara efek khas tersebut ialah :
  • Lomo (ramai yang suka lomo, saya tahu!)
  • Light Color (saya suka yang ini! Comel!)
  • HDR (kalau gemar ambil gambar pemandangan)
  • Retro (Efek retro sangat cool :]  )
  • Magic color (Kalau guna efek ni, gambar tu boleh jadi SUPERB! )
  • ... dan banyak lagi efek lain... :']
Guna Camera360 Ultimate (Magic Color)

GALLERY LOCK

- Setakat ni, aplikasi Gallery Lock tidak pernah beri apa-apa masalah pada saya. Gambar yang di-hide tak pernah hilang.
- Boleh juga hide video.
- Ada dua pilihan untuk pengguna; sama ada mahu guna password jenis 'pattern' atau PIN. Saya set kedua-duanya in case lupa salah satu, tapi waktu nak log in; saya pilih pattern.
- Akan relock automatik apabila skrin off. Kita tak perlu susah-susah nak locksemula.
- Boleh susun gambar/video dalam folder mengikut kategori. So, nanti senang nak cari semula.

IQURAN

- Aplikasi yang diprogramkan dengan sangat kemas.
- Ada hukum-hukum tajwid, contoh dan penerangan mengenainya.
- Ada terjemahan dalam BI kalau kita muat turun secara percuma. Nak bahasa lain, sila beli aplikasi ini. $6.69 sahaja. 
- Ada MP3, recite oleh Sheikh Husary.
- Boleh bookmark bacaan kita. ^__^

MYSOLAT

- Info solat Malaysia berdasarkan JAKIM. Tiada keraguan!
- Info solat Singapura juga ada.
- Tak perlukan sambungan internet untuk semak waktu solat. Offline saja. :]
- Boleh set penggera azan.
- Ada penunjuk arah kiblat juga. Mudahnya. ~_~
- Cuma kita perlu update setiap bulan. Sekali sebulan je tak susah. :]

PRIVATE DIARY

- Aplikasi yang paling bagus untuk menulis jurnal harian!
Tiada had perkataan. Tulislah seberapa panjang yang dimahukan dalam satu entri.
For sure ada password.
- Boleh letak tajuk untuk setiap entri diari.
- Boleh set saiz font.
- Setakat ni tiada iklan mengganggu walaupun aplikasi percuma.
- Boleh backup, takut-takut hilang.
Boleh hantar entri diari melalui emel.
Macam saya, saya bukannya tulis diari pun, tapi saya guna app ni untuk melunggukkan semua idea penulisan novel yang hadir tiba-tiba di saat saya jauh daripada MS Word. T__T  Jadi app ni terlalu berguna sebab tiada had perkataan dan saya tak perlu susah payah taip balik dalam MS Word;  just send trough email and copy paste. Tadaaaa kejap je.

MERRIAM-WEBSTER (KAMUS BI-BI)

- Boleh guna secara offline.
- Ada sinonim dan antonim.
- Ada audio pronunciation.
- Boleh 'favourite' mana-mana perkataan.
- Memudahkan pengguna, sebab ada recent history.
sumber makasih

0 komentar:

Posting Komentar